Monday, May 20, 2013

Aku Rindukan Budu

Assalamualaikum,

Budu sangat sinonim dengan 4 perkara iaitu Busuk, Masin, Kelantan dan Sedap. Kenapa kebanyakan orang kelantan tak boleh di pisahkan dengan budu?. Budu merupakan makanan tradisional daripada Kelantan dan Terengganu yang diperbuat daripada ikan bilis yang dijeruk sehingga hancur. Hasilnya daripada hidrolisis dan microbial proteases. Rasa dan baunya adalah daripada tindakan mikro organisma proteolitik yang masih hidup semasa proses penapaian. Gula melaka dan asam jawa biasanya ditambah untuk menggalakkan tindak balas dan menyebabkan warna coklat gelap. Nisbah ikan untuk garam memainkan peranan penting untuk produk akhir yang diingini. Kepekatan garam yang berbeza mempengaruhi aktiviti mikrob dan enzim menyebabkan rasa yang berbeza. Mikro organisma yang ditemui semasa pengeluaran budu diklasifikasi sebagai halophilic. Mikro organisma memainkan peranan penting dalam degradasi protein dan perisa.
























Dah lama tak makan budu ni. Walaupun aku sememangnya berada di kelantan sekarang ni, susah nak jumpa budu ni. Aku sangat mengharap bahawa budu akan terus berkembang di seluruh dunia. Kekalkan tradisi yang di lahirkan oleh nenek moyang kita.


K.Chow

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...