Tuesday, May 21, 2013

Rantau Panjang Solo Trip Part 1

Shopping day!

Hari ni aku nak bawak korang semua ke Rantau Panjang, Pasir Mas Kelantan.  Sape yg xtahu ape itu rantau panjang memang dia bukan kaki shopping lah.Rantau panjang ni sebuah pekan bebas cukai yang terletak di selatan thailand. Memang betul² sempadan Malaysia - Thailand. Kat sini ade byk barangan yang di jual kebanyakannya di buat di Thailand. Trip solo aku kali ni sekejap je. Unplanned punya trip pun. Bila ada masa nanti aku datang lagi. Aku tak sempat nak berjalan sangat kali ni sebab teringin nak makan aiskrim baba je pun.






Mesti korang nak tau kan aiskrim baba tu apa dia. Aiskrim baba ni aku sendiri pun tak tahu mana asal usul dia tapi dia memang unik la. Tak sama langsung dengan ais krim kat mana² pun dalam malaysia. Setahu aku ais krim baba ni cuma ada kat rantau panjang je. Dalam dok layan ais krim baba ni tertengok la pulak fake rayban. Lawa² pulak tu. RM10 je satu. Alah kalau beli pun bukan boleh bangkrap pun syarikat rayban. Btw, Rantau panjang memang terkenal la dengan barangan fake. Especially branded shirt ngan seluar levis. Jangan tanya aku pasal kualiti. Korang sendiri pun boleh agak la. Harga memang tip top. Sangat murah. Dah la murah boleh di tawar lagi. Seluar levis boleh dapat dengan harga RM25, mana nak cari dalam Malaysia harga cam tu.




Rasa lapar pulak. Jangan di risau, Noor restoran ada. Noor restoran ni terletak di depan pasaraya bebas cukai. Betul² lepas pos kastam dekat sempadan malaysia - thailand. Masakan direstoran tu adalah masakan panas. Recommended restoran. Walaupun hanya nasi goreng ikan masin dengan telur dadar percuma sup tomyam. Sangat kenyang. Nasi yang di berikan macam makan untuk 2 org. Aku order air sirap ngan air kosong. Seriously sirap dia sangat manis. So, kena tambah air kosong untuk neutralize balik kemanisan sirap tu. Harga kesemua makanan dan minuman aku hanya RM5 sahaja. Terkejut jugak mula², tapi buat relax sudah. Hehe




Masa pun dah mendekati Asar, Zohor masih belum di tunaikan. Aku terus gerak ke Masjid Beijing, Rantau Panjang. Masjid ni sangat unik kerana rekabentuknya menyerupai masjid Niujie, yang terletak di Beijing, China. Masjid Niujie adalah di antara masjid yang tertua di China. Lepas solat aku pun gerak balik rumah.







K.Chow

Monday, May 20, 2013

Aku Rindukan Budu

Assalamualaikum,

Budu sangat sinonim dengan 4 perkara iaitu Busuk, Masin, Kelantan dan Sedap. Kenapa kebanyakan orang kelantan tak boleh di pisahkan dengan budu?. Budu merupakan makanan tradisional daripada Kelantan dan Terengganu yang diperbuat daripada ikan bilis yang dijeruk sehingga hancur. Hasilnya daripada hidrolisis dan microbial proteases. Rasa dan baunya adalah daripada tindakan mikro organisma proteolitik yang masih hidup semasa proses penapaian. Gula melaka dan asam jawa biasanya ditambah untuk menggalakkan tindak balas dan menyebabkan warna coklat gelap. Nisbah ikan untuk garam memainkan peranan penting untuk produk akhir yang diingini. Kepekatan garam yang berbeza mempengaruhi aktiviti mikrob dan enzim menyebabkan rasa yang berbeza. Mikro organisma yang ditemui semasa pengeluaran budu diklasifikasi sebagai halophilic. Mikro organisma memainkan peranan penting dalam degradasi protein dan perisa.
























Dah lama tak makan budu ni. Walaupun aku sememangnya berada di kelantan sekarang ni, susah nak jumpa budu ni. Aku sangat mengharap bahawa budu akan terus berkembang di seluruh dunia. Kekalkan tradisi yang di lahirkan oleh nenek moyang kita.


K.Chow

Encik buaya

Assalamualaikum, Entry kedua untuk kali ini. Walaupun hari sudah bertukar nama, aku menganggap bahawa hari ini masih lagi semalam sebab jam baru menunjukan pukul 12.50am waktu Malaysia. Kali ini aku ingin mengenalkan kepada korang semua sahabatku. Kemana sahaja aku pergi dia sentiasa menemaniku. Tak kira apa saja bentuk pekerjaan dia tidak akan pernah aku tinggalkan. Sangat selesa dan memuaskan. Setelah dia berkhidmat selama hampir setahun denganku. Aku masih menyayanginya seperti pertama kali aku dapatkannya...

  

KChow

Sunday, May 19, 2013

For the first words

Bismillahirrahmanirahim, Untuk pertama kali, aku ingin mengucapkan terima kasih kepada korang semua sebab meluangkan masa melawat blog aku ni. Hari ni aku masih belum ada kisah lagi. Aku akan mulakan kisah perjalananku bersama sang buaya nanti. Just stay tuned. Di antara trip yg akan aku ceritakan nanti seperti Trip ke Johor Trip ke Penang Trip solo ke pulau perhentian Dan banyak lagi lah.. So korang sabar je lah ek...

K.Chow
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...